Lesu Akibat Menyusu Badan? Ia Tidak Berlaku Jika Ibu Sihat
LESU AKIBAT MENYUSU BADAN? IA TIDAK BERLAKU JIKA IBU SIHAT
Makan secara sihat sangat penting untuk ibu yang sedang menyusukan bayi. Diet yang seimbang dan penuh nutrisi membekalkan nutrien-nutrien penting, vitamin dan mineral untuk membantu proses pemulihan selepas bersalin, mengekalkan tahap tenaga yang mencukupi serta menyokong tumbesaran bayi yang sihat.
PENGGALAK SUSU SEMULA JADI
Alfalfa menawarkan pelbagai manfaat kesihatan, seperti:
- Memberi nutrisi kepada badan ibu untuk menyokong penyembuhan yang cepat.
- Menggalakkan penghasilan susu ibu secara semula jadi.
- Serat dalamnya dapat membantu melancarkan pembuangan air besar, selepas bersalin.
MENGEKALKAN TENAGA ANDA
Sebagai blok binaan sel, protein menyokong proses penyembuhan luka anda.1,2 Malah, ibu yang menyusukan bayi memerlukan protein dua kali lebih banyak berbanding ibu yang tidak menyusukan bayi.
Protein membantu untuk:
- Memberikan tenaga berpanjangan.
- Menyediakan badan anda untuk penghasilan dan pengekalan susu badan.
PEMULIHAN YANG LEBIH PANTAS & PERTUMBUHAN YANG LEBIH BAIK
Anda memerlukan lebih banyak multivitamin dan zat besi untuk menyokong kesihatan selepas bersalin dan penghasilan susu badan:
- Menghasilkan susu badan yang bernutrisi untuk menyokong pertumbuhan bayi.
- Mengisi jurang nutrisi ibu untuk penyembuhan dan kesihatan yang lebih baik.
MEMBINA PERTAHANAN ANDA
Packed with antioxidants, vitamin C supports new tissue formation and cells repairs that help to:
- Ward off infections especially around the wound to speed up wound recovery.5
- Strengthen both mom and baby’s immune protection.
BAYI LEBIH BIJAK & IBU LEBIH GEMBIRA
Asid lemak omega-3, biasanya dikenali sebagai asid dokosaheksaenoik (DHA) dan
asid eikosapentaenoik (EPA) adalah penting untuk anda dan bayi kerana ia:
- Membantu perkembangan otak dan penglihatan bayi yang sihat.3
- Boleh membantu merendahkan risiko ibu mengalami simptom gangguan emosi selepas bersalin.4
MEMBINA TULANG BAYI & MENGEMBALIKAN SIMPANAN IBU
Ketika anda hamil, bayi telah mengambil kalsium daripada tulang anda untuk
membina tulangnya. Pengambilan kalsium yang mencukupi penting untuk:
- Mengembalikan kepadatan tulang ibu dan mengurangkan risiko osteoporosis apabila tua kelak.
- Menyokong pembentukan tulang dan gigi bayi yang kuat.
PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN YANG LEBIH BAIK
Oleh kerana ia tidak disimpan dalam badan anda, jadi amat penting bagi anda mengambil vitamin B setiap hari untuk:
- Merangsang penghasilan tenaga ibu dengan menukarkan makanan kepada tenaga.
- Menyokong perkembangan sistem saraf bayi termasuk mata dan otak.
- Menggalakkan perkembangan fungsi motor bayi yang sihat.
RUJUKAN:
1. Powanda MC, Moyer ED. Plasma proteins and wound healing. Surg Gynecol Obstet. 1981 Nov;153(5):749-55.
2. Williams JZ, Barbul A. Nutrition and wound healing. Surg Clin North Am. 2003 Jun;83(3):571-96.
3. Dunstan JA1, Simmer K, Dixon G, Prescott SL.Cognitive assessment of children at age 2(1/2) years after maternal fish oil supplementation in pregnancy: a randomized control trial Arch Dis Child Fetal Neonatal Ed. 2008 Jan;93(1):F45-50.
4. Shapiro, G. D., Fraser, W. D., & Séguin, J. R. (2012). Emerging risk factors for postpartum depression: serotonin transporter genotype and omega-3 fatty acid status. Canadian journal of psychiatry. Revue canadienne de psychiatrie, 57(11), 704–712. https://doi. org/10.1177/070674371205701108
5. Martanti, Listyaning. (2017). The Effect of Zinc and Vitamin C Additional on Healing Process of Second Degree Perineal Wound in Postpartum. journal of medical science and clinical research. 5. 10.18535/jmscr/v5i9.27.