Sejauh Manakah Pengetahuan Anda Mengenai Elderberi?

Elderberi telah dinobatkan sebagai ‘bintang imun’ bagi tahun 2020 dan 2021 serta telah mencipta gelombang dalam industri kesihatan, termasuk suplemen. Ketahui fakta menarik mengenai buah ungu ini!

1. Dikenali sebagai Super Beri, elderberi padat dengan antioksida unggul seperti antosianin polifenol, asid fenolik, flavonol, Vitamin A dan C.1 Ia mengandungi lebih banyak antioksida berbanding strawberi, beri biru, raspberi dan kranberi.

2. Elderberi telah diketengahkan dalam banyak kajian-kajian terkini yang menyokong penggunaan elderberi untuk kesihatan imun seterusnya menjadikannya bintang kesihatan imun bagi tahun 2020 dan 2021.2,3

3. Antosianin adalah sebatian yang bertanggungjawab memberi warna ungu gelap kepada elderberi dan ia popular dengan ciri anti-radang, anti-bakteria, anti-virus, anti-oksida dan manfaatnya ke atas kesihatan imun4,5 seperti mengurangkan gejala-gejala selesema dan flu, batuk, hidung tersumbat dan resdung.6

4. Unsur dalam elderberi boleh menghalang virus daripada melekat dan memasuki sel untuk mencegah virus-virus daripada replikasi bagi melindungi anda daripada risiko jangkitan.7

5. Putik Elderberi yang mentah tidak boleh dimakan! Putik elderberi, daun dan tangkainya mengandungi glikosida sianogenik yang akan ditukarkan kepada sianida melalui proses metabolisma. Sianida adalah bahan beracun yang boleh menyebabkan cirit birit, muntah, loya dan lebih teruk lagi kematian!

6. Elderberi mempunyai bau yang agak wangi dan rasa yang tidak terlalu manis, sedikit masam dan pahit. Ia biasanya digunakan dalam masakan dan pembuatan produk makanan seperti jem, pai, sirap, teh, pastil dan lozeng.

TAHUKAH ANDA?
Terdapat 4 jenis produk Shaklee yang mengandungi makanan tinggi nutrien berwarna ungu ini.

Rujukan:
1. Sidor, A., & Gramza-M. A. (2015). Advanced research on the antioxidant and health benefit of elderberry (Sambucus nigra) in food – A review. Journal of Functional Foods, Volume 18, Part B. doi:10.1016/j.jff.2014.07.012.
2. Wieland, L.S., Piechotta, V., Feinberg, T. et al. (2021) Elderberry for prevention and treatment of viral respiratory illnesses: a systematic review. BMC Complement Med Ther 21, 112. doi.org/10.1186/s12906-021-03283-5
3. Mahboubi, M. (2020) Sambucus nigra (black elder) as alternative treatment for cold and flu. ADV TRADIT MED (ADTM). doi: 10.1007/s13596-020-00469-z.
4. Młynarczyk, K., Walkowiak-Tomczak, D., & Łysiak, G. P. (2018). Bioactive properties of Sambucus nigra L. as a functional ingredient for food and pharmaceutical industry. Journal of functional foods, 40, 377–390. Doi: 10.1016/j.jff.2017.11.025
5. Porter, R. S., & Bode, R. F. (2017). A Review of the Antiviral Properties of Black Elder (Sambucus nigra L.) Products. Phytotherapy research : PTR, 31(4), 533–554. doi:10.1002/ptr.5782
6. Jian He et al. (2010). Anthocyanins: natural colorants with health-promoting properties. Annual Review of Food Science and Technology. Vol. 1:163-187
7. Golnoosh, T., Peter, V., Qayyum A., & Fariba D. (2019) Anti-influenza activity of elderberry (Sambucus nigra), Journal of Functional Foods, Volume 54,Pages 353-360, ISSN 1756-4646. doi: 10.1016/j.jff.2019.01.031

Produk Berkaitan