
Zat Besi Berkuasa Untuk Ibu Perkasa!
Zat besi adalah penting untuk kehamilan, pemulihan selepas bersalin dan penyusuan kerana ia membantu menghasilkan sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh badan untuk memastikan kesihatan yang baik untuk ibu dan bayi.
SEPANJANG TEMPOH KEHAMILAN
- Menyokong penghasilan sel darah merah1 untuk meningkatkan jumlah darah ibu.
- Membekalkan zat besi dan oksigen kepada bayi yang sedang membesar.1
- Menampung pertambahan jumlah sel darah merah, bayi dan uri yang sedang membesar.2
- Menyokong berat lahir bayi yang sihat.8
Tips: Ibu hamil memerlukan sekurang-kurangnya 29mg zat besi pada trimester pertama dan 100mg zat besi pada trimester ke-2 dan ke-3 setiap hari.9
Risiko Kesihatan
- Anemia, kepekatan HB dalam darah yang rendah.4
- Meningkatkan risiko jangkitan pada ibu.5
- Kelahiran pramatang dan bayi yang kurang berat badan.

SEPANJANG TEMPOH PENYUSUAN
- Menyokong tenaga ibu semasa tempoh pemulihan.3
- Mempercepatkan pemulihan dan meningkatkan kesihatan ibu.3
- Menyokong penghasilan susu badan untuk membantu tumbesaran bayi.3
Tips: Ibu yang menyusukan anak memerlukan sekurang-kurangnya 15mg zat besi setiap hari.9
Risiko Kesihatan
- Bayi dan kanak-kanak kecil yang kekurangan zat besi atau anemia berisiko untuk mengalami kesukaran bagi perkembangan fungsi kognitif, emosi sosial dan kebolehsuaian.6
- Menjejaskan perkembangan bahasa dan motor.7














