Pilihan Ibu Yang Lebih Bijak

Dari sebelum hamil sehinggalah hamil, menyusukan anak dan seterusnya, ianya adalah peluang terbaik untuk anda membina kesihatan anak anda. Ambillah satu-satunya lemak sihat – asid lemak omega-3 – untuk menjadikan diri anda lebih sihat dan bayi lebih bijak.

SEPANJANG TEMPOH KEHAMILAN

Omega-3 memainkan peranan utama dalam memastikan ibu hamil mempunyai kehamilan yang sihat dan lancar. Masukkan omega-3 dalam diet harian anda kerana ia:

  • Kajian menunjukkan bahawa ia boleh mengurangkan risiko kelahiran pramatang.1,4
  • Menggalakkan pertumbuhan bayi yang sihat.1
  • Memudahkan pembentukan mata, struktur otak, sistem imun dan sistem saraf yang sempurna pada bayi.1,5

Tahukah Anda? Kajian telah menunjukkan bahawa ibu yang mengambil suplemen DHA semasa hamil mempunyai bayi dengan kemahiran menyelesaikan masalah yang lebih baik pada usia 9 bulan berbanding ibu yang tidak mengambil DHA.4

PEMULIHAN SELEPAS BERSALIN DAN PENYUSUAN

Bagi penyembuhan yang cepat dan persediaan untuk menyusukan bayi anda, omega-3:

  • Mengurangkan risiko kemurungan selepas bersalin (pospartum).
  • Menggalakkan pembentukan otak yang optimum untuk bayi yang lebih bijak.5
  • Meningkatkan kesihatan kulit dan mengurangkan kesensitifan kulit.5
  • Meningkatkan pembentukan penglihatan.6,7
  • Menggalakkan corak tidur yang lebih baik.6,7

Amaran Statistik!

92% wanita hamil dan ibu menyusu tidak mengambil asid lemak omega-3 yang mencukupi.

Tip: Mulakan dengan mengambil 1,000mg asid lemak omega-3 setiap hari.

RUJUKAN:
1. Saldeen P1, Saldeen T. Women and omega-3 Fatty acids. Obstet Gynecol Surv. 2004 Oct;59(10):722-30; quiz 745-6.
2. Esmaeili, V., Shahverdi, A. H., Moghadasian, M. H. and Alizadeh, A. R. (2015), Dietary fatty acids affect semen quality: a review. Andrology, 3:450–461 doi:10.1111/andr.12024.
3. M. Roqueta-Rivera, T. L. Abbott, M. Sivaguru, R. A. Hess, M. T. Nakamura. Deficiency in the Omega-3 Fatty Acid Pathway Results in Failure of Acrosome Biogenesis in Mice. Biology of Reproduction, 2011; 85 (4): 721 DOI: 10.1095/
biolreprod.110.089524.
4. Danielle Swanson, Robert Block, and Shaker A. Mousa. Omega-3 Fatty Acids EPA and DHA: Health Benefits Throughout Life. 2012 American Society for Nutrition. Adv. Nutr. 3: 1–7, 2012.
5. Coletta JM, Bell SJ, Roman AS. Omega-3 Fatty Acids and Pregnancy. Reviews in Obstetrics and Gynecology. 2010;3(4):163-171.
6. Harris MA. Implementation of evidence-based recommendations for omega 3 docosahexaenoic acid (DHA) in pregnancy. Talk presented at: Academy of Nutrition and Dietetics 2015 Food and Nutrition Conference & Expo; October 5, 2015;
Nashville, TN.
7. Lammi-Keefe CJ. Nutrition’s role in successful pregnancy outcome: omega-3 fatty acids. Talk presented at: Academy of Nutrition and Dietetics 2015 Food and Nutrition Conference & Expo; October 5, 2015; Nashville, TN. http://files.
abstractsonline.com/CTRL/E8/E/FB2/

Produk Berkaitan