Mengapa diet anda tidak berkesan?
Kadangkala ia terasa seperti kitaran yang berulang – anda berjaya menurunkan berat badan, tetapi berat anda meningkat semula dengan cepat. Situasi ini mengecewakan, melelahkan dan terasa seperti kitaran yang tiada penghujung. Bagaimana jika terdapat cara yang lebih bijak dan berkesan untuk menurunkan berat badan serta mengekalkannya untuk jangka masa panjang?

Mitos #1
Mengurangkan kalori secara drastik adalah cara terpantas untuk menurunkan berat badan.
Fakta Sebenar
Makan terlalu sedikit boleh menyebabkan kehilangan otot dan air serta memperlahankan kadar metabolisma. Pengurangan kalori secara sederhana, disertai dengan protein dan senaman adalah lebih berkesan untuk membakar lemak sambil mengekalkan otot.

Mitos #2
Makan protein setiap hari akan membuatkan badan anda sasa.
Fakta Sebenar
Otot anda tidak akan membesar melainkan jika anda menjalani senaman intensif selama bertahun-tahun. Protein membantu membina otot tanpa lemak yang akan membantu badan membakar lemak dengan lebih efektif.
Kenapa Anda Perlukan Protein + Leusina untuk Membina Otot Tanpa Lemak

PROTEIN
Blok Binaan Asas
Protein diuraikan menjadi asid amino – blok binaan asas tubuh anda untuk pemulihan dan pertumbuhan otot.
+

LEUSINA
Pembina Otot
Leusina memberi isyarat kepada badan untuk mula membina otot tanpa lemak. Tanpa leusina yang mencukupi, proses pembinaan otot tidak dapat bermula.
=

OTOT TANPA LEMAK
Sokongan Hebat untuk Jangka Hayat Panjang, Kekuatan dan Metabolisma
Dengan protein dan leusina yang mencukupi, anda boleh membina dan mengekalkan otot tanpa lemak – salah satu elemen penting untuk hidup lebih sihat dan lebih lama.















