6 Nutrien Asas untuk Kehidupan yang Lebih Baik dan Sihat!

Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), nutrien asas mestilah datang daripada pemakanan dan ia amat penting kepada badan kerana dapat membantu mencegah penyakit, menyokong pertumbuhan dan kesihatan yang baik.

Apa Yang Ada Di Pinggan Anda?

Sebelum anda makan, pastikan dahulu anda mempunyai 5 kumpulan makanan di atas pinggan, dan dalam kadar yang betul.

1. Karbohidrat
Ini adalah sumber tenaga paling penting untuk badan anda dan membekalkan tenaga ke seluruh badan terutamanya sistem saraf utama dan otak. Ia juga penting dalam melindungi anda daripada penyakit.


Sesetengah karbohidrat lebih sihat daripada yang lain. Pilih bijirin penuh, kekacang, dan sayur-sayuran serta buah-buahan yang kaya serat berbanding bijiran diproses dan produk yang ditambah dengan gula.

2. Protein
Protein bertanggungjawab dalam membina dan memulihkan tisu badan anda. Protein terdiri daripada 20 asid amino dan sembilan daripadanya tidak boleh dihasilkan oleh badan anda. Sembilan asid amino ini dipanggil Asid Amino Asas dan anda mesti mendapatkannya daripada pemakanan harian atau melalui suplemen.


Pilih protein tumbuh-tumbuhan berkualiti tinggi, daripada sumber bukan-GMO, dengan set lengkap yang mengandungi semua 9 asid amino asas.

3. Lemak
Lemak penting untuk badan kerana ia menyokong penyerapan vitamin dan mineral termasuk vitamin A, D, E dan K. Lemak juga terbabit dalam penghasilan hormon, mengawal suhu badan, dan menyediakan perlindungan kepada organ dalaman. Untuk badan yang sihat, pilih lemak sihat seperti asid lemak Omega-3. Omega-3 bermanfaat dalam mengurangkan inflamasi (keradangan) dan merangsang kesihatan otak, mata, jantung dan keseluruhan badan.


Pilihlah minyak ikan tulen bergred farmaseutikal yang menjalani proses moden Penyulingan Molekul Tiga Peringkat untuk kualiti yang lebih baik.

4. Vitamin
Vitamin adalah nutrien mikro yang terbabit dalam hampir kesemua proses fisiologi badan anda. Terdapat 13 vitamin asas yang diperlukan badan untuk berfungsi dengan baik termasuk vitamin A, C, B6, dan D. Ia juga penting untuk kesihatan penglihatan, kulit dan tulang.


Menyokong kesihatan optimum dengan formulasi 28 vitamin dan mineral asas termasuk vitamin C, E, beta karoten, asid folik dan vitamin B.

5. Mineral
Mineral adalah sejenis nutrien mikro yang sangat kritikal untuk badan yang sihat. Ia memainkan pelbagai peranan dalam badan anda seperti pembinaan tulang dan gigi yang kuat, terbabit dalam proses metabolisma, dan memastikan status hidrasi badan yang betul. Antara mineral biasa yang penting untuk badan kita adalah kalsium, zat besi dan zink.


Menyokong kesihatan optimum dengan formulasi 28 vitamin dan mineral asas termasuk vitamin C, E, beta karoten, asid folik dan vitamin B.

6. Air
Air merupakan bahan kehidupan dan hampir 60% hingga 70% berat badan anda adalah air. Unsur penting ini bertindak sebagai penyerap hentakan, menyingkirkan toksin yang keluar daripada badan dan membawa nutrien ke sel. Pengambilan air yang mencukupi membantu memperbaiki tahap tenaga, daya tumpuan dan menyokong prestasi fizikal yang lebih baik.


Minum air bersih dan sihat melalui sistem penapisan air yang menggunakan blok karbon padu untuk menyingkirkan dan mengurangkan bahan cemar yang berbahaya.

Produk Berkaitan